Luluhawa Fizikal atau Mekanikal Luluhawa

Luluhawa fizikal atau mekanikal ialah proses pnyepaian atau pemecahan batuan akibat tindak balas unsur-unsur m yang menyebabkan batuan dipecahkan kepada saiz yang lebih kecil tanpa menukarkan sifat-sifat kimianya. Apa yang berubah hanya dari segi saiz batuan sahaja. Satu mekanisma umum yang membolehkan batuan itu mengalami pemecahan ialah kehadiran daya tegasan yang secukupnya. Daya tegasan ditakrifkan sebagai daya yang dikenakan ke atas satu unit keluasan seperti dinding-dinding rekahan sehingga dinding tersebut mengalami ketegangan dan akhirnya penyepaian berlaku ke atas rekahan batuan berkenaan. Luluhawa fizikal berlaku menerusi beberapa cara seperti pengembangan dan pengecutan batuan akibat perubahan suhu yang ekstrem, pembasahan dan pengeringan batuan, tindakan ibun atau fros, penghabluran garam, dan perlepasan tekanan.

Pengembangan dan pengecutan akan dialami oleh batuan sekiranya terdapat julat(perbezaan) suhu harian yang besar di sesebuah kawasan seperti kawasan gurun panas. Di kawasan gurun panas, suhu lazim pada waktu siang ialah antara 35°C hingga 40°C sedangkan waktu malamnya pula menurun dengan mendadak sehingga 5°C atau 0°C. Perubahan suhu sekitar yang ekstrem ini akan turut mengimpak batuan. Pada waktu siang suhu yang tinggi akan memanaskan batuan sehingga mineral-mineral batuan mengalami pengembangan manakala waktu malamnya pula suhu yang sejuk akan menyejukkan batuan an mineral-mineral batuan akan mengalami pengecutan. Pengembangan dan pengecutan yang berlaku berulang kali membolehkan mineral-mineral batuan itu pecah dan tersepai dari jisim asalnya.